Friday 13 January 2012

Lawak Samy Vellu|Tolong Jangan Gelak!


Kita semua tau pada 6 hb Disember 2010 yang lalu, Datuk Seri S. Samy Vellu secara rasminya dah lepaskan jawatan sebagai presiden MIC. Beliau mengambil alih pucuk pimpinan parti pada tahun 1979 lepas kematian presiden keenam Tan Sri V. Manickavasagam dan dah pegang jawatan sebagai presiden MIC selama 31 tahun. Pergh!!Lama sungguh..

OK la...Apa yang best mengenai beliau ni adalah terkenal dengan dialog Bahasa Melayu yang agak tunggang-langgang, lucu dan jugak kelakar. Lepas ni tak dapat dah cari pengganti yang sama macam dia kan...^_^. Antara dialog ataupun ayat yang boleh kita gelak guling-guling sampai berbuih mulut korang boleh baca kat bawah:

  • Samy Vellu komen tentang pos laju. “Besok kirim, hari ini juga sampai”
  • Dalam interview di TV, dia ingin meluahkan perasaan malunya. “Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat besar”
  • Dalam satu ceramah, “Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini”. Tiba-tiba seorang pakcik menyampuk “Tapi kita takde sungai, buat apa bina jambatan??” Dato Seri dengan bangga membalas “Kalau takda sungai, kita bina sungai.”
  • Semasa krisis air “Semua orang diminta jangan buang air!”
  • Dato Seri komen pasal orang marah tol naik “Toll naik sikit, banyak marah saya. You orang ingat semua ini tol saya punya bapak punya kah?”
  • Komen pasal isu masalah sosial “Orang-orang muda sekarang banyak suka hisap dade“ Dade = Dadah
  • Sempena kempen derma darah “Marilah kita semua menderma dare” 
  • Semasa kes Al Arqam di kemuncak “Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”
  • Mengenai kepulangan Dr Sheikh Muzaffar, angkasawan negara pulang ke bumi “Kita rasa bersyukur kerana angkasawan kita yang telah meninggal dunia selama 10 hari telah selamat dikebumi”
  • Di sebuah majlis perasmian bangunan “Tuan-tuan dan puan-puan, saudara mara (sepatutnya saudara-saudari), sesudah semua orang makan kenyang, sekarang kita mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain“
  • Dato Seri komen tentang orang pergi ke bulan "Bagi saya, ini adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi matahari. Barulah USA, Russia respect sama kita. The jounalist replied "Tapi Dato Seri, matahari kan panas, macam mana mahu pergi?". Dengan cool nya Dato Seri reply "Itu pasal la u takda jadi menteri, saya sudah lebih 30 tahun jadi menteri, saya mesti ada penyelesaian. Kita jangan pergi siang, banyak panas. Kita pergi malam, baru ada sejuk"


OMG!!!Help Me Please!!!Tolong!!!


No comments:

Post a Comment